muhasabah cinta ilahi.......



 للَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ

(رواه الترمذي وقال حديث حسن)

“Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai melebihi cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin.”

( HR. Tirmidzi, ia berkata ini hadits hasan




cinta ilahi
bukan hanya melafazkan
tetapi hendaklah dengan penuh rela hati
menafikan akan keagungan duniawi
mengagungkan akan kurniaan ilahi
kerna kasih yang telah diberi
kerna nikmat yang masig bisa dikecapi........

hanya pada Mu ku berserah ya Rabbi....
dengan bimbingan sunnah kekasihmu ya ilahi
Muhammad SAW rasul yang tinggi budi pekerti....

Ku lihat langit biru,
Tiada cinta yang ku temu,
Melainkan hanyalah satu,
Cinta DIA Pencipta diriku.
Kala ku terasa sepi,
DIA lah pengubat hati,
DIA lah bawa ku kenali,
Sinaran ‘Cahaya’ hidup ini.
Ya Ilahi ku bersyukur pada Mu,
Gelapnya hidupku kini disinari ‘cahaya’ itu,
Harapan dihatiku kini cuma satu,
Moga ‘cahaya’ itu terus menyuluhi kehidupanku.
Pabila ku jalani liku-liku hidup ini,
Tidak ku sedari hadirnya cinta insani,
Mula mengetuk pintu hati ini,
Tika ku serah segala pada Ilahi.
Tika bunga-bunga cinta ku hanya buat Ilahi.
Penuh harap ku berdoa pada Mu Ya Rabbi,
Sucikanlah cinta di hati hamba Mu ini,
Dari debu-debu dosa duniawi,
Dan bukan cinta dinodai nafsu,
Bahkan cinta ini suci hanya kerana Mu.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku sujud atas sejadah cinta Mu,
Merintih merayu mengharap petunjuk Mu,
Agar cinta ini bukan cinta palsu,
Iringkanlah cinta ini bersama bunga redha Mu,
Moga kekal abadi hingga ke syurga Mu.







وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آَمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”(QS. Al Baqarah: 165  










Comments

Popular posts from this blog

CABARAN