Posts

Showing posts from May, 2014

Murabbi Cinta.....[nurkilan cinta kasihku]

Terimalah naskhah cintaku ini buat isteri yang tidak pernah jemu berkongsi cinta Terimalah naskhah cintaku ini buat anak-anak yang tidak jerih menceriakan cinta Terimalah naskhah cintaku ini bonda yang memanusiakan aku dengan cinta Terimalah naskhah cintaku ini buat keluarga,sanak saudara dan teman taulan yang berkeluarga dengan cinta Terimalah naskhah cintaku ini buat sekalian yang menyapa hidupku di blog, buku, pertemuan antara mata dan perbualan berkongsi rasa, yang senantiasa mendekati-Nya berkenderaankan cinta Terimalah naskhah cintaku ini ya Allah, dalam kehambaanku mendambakan CINTA-MU....

Indahnya bersahabat........

SAHABAT merupakan insan yang selalu berdampingan dengan kita. Teman, rakan, kawan atau apa jua istilahnya, ia dapat difahami sebagai sesuatu yang menjadi lumrah dalam kehidupan umat manusia. Sebagai sebuah agama yang lengkap lagi sempurna, Islam turut mengajar manusia tentang sahabat dan nilai-nilai penting yang perlu ada dalam sebuah persahabatan. Sejarah bangsa terdahulu menyaksikan dengan jelas bagaimana Islam membawa nilai persahabatan yang sebenar. Dengan hadirnya Islam, permusuhan antara kaum Aus dan Khazraj di Madinah yang terjadi sekian lama berjaya dihentikan. Bahkan, bukan sekadar itu, mereka akhirnya bersahabat baik seperti saudara kandung dan berjuang bersama-sama menegakkan agama Islam ketika itu. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antar...
شكرا ل جميع هبة من الله ..... إلقاء اللوم على كل شيء يذهب نواجه في هذا العالم .... لأن كل ما يحدث هو بالتأكيد يأتي أي خير من ذلك ... وقال انه لن اختبار قدرة الشخص وراء .....