Posts

Showing posts from April, 2014

Fatwa Ulama: Tarian Sufi : Syaikh Salim bin Muhammad Al ‘Ummarri

Soal: Bagaimana tanggapan anda terhadap tarian sufi yang disertai anggukan-anggukan dan gerakan-gerakan lemah-gemulai? Jawab: Tidak diragukan lagi bahwa tarian ini termasuk bid’ah yang mungkar. Kita memohon kepada Allah agar senantiasa melimpahkan hidayahnya kepada kita dan juga mereka. Dari sahabat Jabir bin Abdillah, ia berkata, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dalam khutbah beliau: يحمد الله ويثني عليه بما هو أهله ثم يقول من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادي له إن أصدق الحديث كتاب الله وأحسن الهدي هدي محمد وشر الأمور محدثاتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار “ Beliau memuja-muji Allah dengan segala pujian yang layak bagi-Nya, kemudian bersabda: ‘Barangsiapa yang diberi hidayah oleh Allah, tidak akan ada yang dapat membuatnya tersesat. Dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, tidak ada pemberi hidayah yang dapat menolongnya. Perkataan yang paling benar adalah kitabullah. Hidayah yang paling utama adalah petunjuk dari...

syarah: kitab futuhat al makiyyah

PERMULAAN ALAM DAN KEDUDUKAN NAMA-NAMA YANG INDAH Asbab Kepada Permulaan Alam Dan Kedudukan Nama-nama Yang Indah Dalam Alam Keseluruhannya Dalam sebab kepada permulaan dan peraturannya, dan penghabisan pembentukan dan pengertiannya, Dan perbezaan di antara anasir-anasir tinggi dalam tempat asalnya dan pemerintahnya, Bukti yang menunjukkan Pencipta menggubahkan semuanya melalui peraturan-Nya. [Ketinggian tempat dan kehebatan Syurga] Wali yang benar telah mengambil pengertian tentang permulaan alam dalam buku kami yang bertajuk, ‘Anqa' Mughrib fi ma'rifa khatmi'l-awliya' wa shamsu'l-Maghrib dan dalam buku kami bertajuk Insha' ad-Dawa'ir yang sebahagiannya kami tulis di rumah sahabat kami yang mulia (Imam Abu Muhammad ÔAbdu'l-'Aziz al-Mahdawi al-Qurashi) sewaktu kami mengunjunginya dalam tahun 598, dalam perjalanan kami mengerjakan hajji. Khadamnya, ‘Abdul-Jabbar (semoga Allah menaikkan darjatnya) menyalinkan untuk tuannya apa yang telah...

BAHAYA SYIAH

Risalah : Penjelasan Terhadap Penyeleweangan Syiah PENDAHULUAN Reproduced from a booklet published by Islamic Advancement Department of Malaysia (JAKIM) KANDUNGAN Kata Pengantar YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kata-kata Aluan Ketua Pengarah JAKIM. Tujuan Latarbelakang Penyelewengan Fahaman Syiah 5.1 Penyelewengan Dari Sudut Akidah dan Ulasan 5.2. Penyelewengan Dari Sudut Syariah dan Ulasan 5.3. Pelbagai Penyelewengan Umum yang Lain dan Ulasan Penutup Senarai Rujukan Salasilah Imam-imam Syiah PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH 1. TUJUAN 1. 1. Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.  1.2. Kajian penjelasan secara sederhana ini dibuat untuk membantu masyarakat awam mudah mem...